NADI Pekan Kapit – Pada tarikh 10 Julai 2025 berlangsungnya webinar berkaitan dengan cybersecurity yang membincangkan topik-topik seperti “Dari Serangan Siber ke Pemulihan” bersama penceramah MCT Training iaitu Encik Izzat Hamizan.
Tujuan program ini dijalankan dan disebarkan kepada komuniti adalah merangkumi pengurusan insiden siber, teknik OSINT, pencarian data sensitif, serta aspek forensik digital seperti hashing dan analisis bukti. Ia menarik perhatian audiens yang ingin memahami keseluruhan proses menangani serangan siber dan bagaimana menganalisis kesan serangan secara profesional.