Directory Page

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuanKerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benarberkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. Hikmahpenyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkanpemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumahberpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Visit

Budi Madani

Bagi memastikan kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara,BUDI MADANI diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanyakepada yang memerlukan. Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terusmendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilihdiberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.

Visit

Sumbangan Asas Rahmah (Sara)

Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan Asas Rahmah(SARA) sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesandengan gelumang kos sara hidup. Program ini yang bakal dilaksana secaraberperingkat bermula 22 Januari 2024, menyasarkan untuk mengangkat tarafekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teraskepada kerangka Ekonomi MADANI.

Visit

Jualan Rahmah

Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) adalah sebuah programanjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN)yang menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian antara 10% sehingga30% lebih murah daripada harga biasa pasaran setempat.

Visit

Inisiatif Pendapatan Rakyat (Ipr)

IPR menumpukan usaha membasmi kemiskinan dan menambahpendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaan makanan dan operatorperkhidmatan

Visit

Program Sejahtera Komuniti Madani (Sejati Madani)

Program ini merupakan inisiatif baharu Kerajaan MADANI yangbertujuan untuk merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti bagimeningkatkan pendapatan dengan pemberian Dana sehingga RM100 ribu kepadakomuniti yang layak.

Visit