About Jaringan Transformasi Madani
Jaringan Transformasi Madani adalah jaringan tertutup untuk komuniti Madani.

Tentang Transformasi Madani

Komuniti MADANI adalah badan sukarela pelbagai kaum yang diurus tadbir oleh JaPen untuk memupuk nilai murni dan kenegaraan dalam kalangan rakyat, selain membantu menyalurkan maklumat serta inisiatif kerajaan yang sahih dan pantas ke peringkat akar umbi secara berterusan. Kerajaan amat mengalu-alukan penyertaan masyarakat dalam usaha melestarikan komuniti yang berinformasi bagi menyampaikan maklumat sahih, telus dan bermanfaat. Kerajaan juga yakin dengan penubuhan 1,878 Komuniti Madani di seluruh negara mampu memperkasakan usaha penyaluran maklumat kerajaan kepada rakyat dengan kerjasama semua pihak pada peringkat akar umbi.