Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
Buat pengetahuan semua, aplikasi mobile untuk JATI MADANI (Android) telah dapat mendapat kelulusan daripada pihak Google untuk dimuat turun dan digunapakai oleh petugas NADI & ahli Komuniti MADANI.
Walau bagaimanapun, kepada pengguna iPhone atau IOS, pihak kami masih menunggu kelulusan daripada pihak Apple.
Cara muat turun aplikasi mobile untuk JATI MADANI (Android) :
1. Akses ke Google Play
2. Cari/Search: JATI MADANI
3. Install seperti biasa
4. Log masuk (username & password) sama seperti yang didaftarkan melalui web browser sebelum ini.
atau akses terus melalui link berikut:
https://play.google.com/store/....apps/details?id=app.
Untuk makluman semua, pihak kami sedang merangka inisiatif menggalakkan penggunaan JATI MADANI dari kalangan petugas NADI dan ahli Komuniti MADANI. Ianya berupa pertandingan dari kalangan petugas NADI serta Komuniti MADANI dalam memanfaatkan fungsi yang terdapat dalam JATI MADANI serta memperbanyakkan kandungan/info dari NADI melalui program-program Perkhidmatan Pintar dan juga daripada aktiviti-aktiviti komuniti masing-masing. Maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Oleh yang demikian, besarlah harapan kami agar petugas NADI dapat muat turun aplikasi ini serta memberikan tunjuk ajar kepada ahli Komuniti MADANI yang hadir ke NADI untuk menggunapakai aplikasi JATI MADANI ini secara lebih berkesan berbanding melalui web browser sebelum ini.
Segala kerjasama semua pihak, didahului dengan ucapan terima kasih.
