Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Seperti semua sedia maklum, melalui JATI MADANI (https://jatimadani.my/inisiatif_kerajaan), petugas NADI boleh dapatkan info terkini mengenai pelbagai inisiatif kerajaan serta laman web yang berkaitan.
Kini, petugas NADI boleh muatturun slaid yang berkaitan dengan inisiatif kerajaan bagi tujuan penyampaian kepada komuniti masing-masing dengan lebih mudah dan berkesan. Ianya juga boleh digunapakai ketika sesi bersama ahli Komuniti MADANI di NADI.
Bagi pihak Perkhidmatan Pintar: NADI Inisiatif Kerajaan, saya menyeru agar usaha ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh petugas NADI demi manfaat bersama.
--
Sekian, terima kasih.
Megat Ainal Iswady Bin Muhsin