19 Januari 2025, NADI Pekan Belaga:-
Hari Bersama Komuniti telah dijalankan bersama masyarakat setempat bagi memperkenalkan perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan oleh NADI Pekan Belaga.
Program ini telah memberi banyak impak positif kepada komuniti setempat antaranya;
Memupuk kesedaran
Memberi pendidikan kepada masyarakat tentang topik penting seperti kesihatan, keselamatan siber & insiatif kerajaan.
Menggalakkan penglibatan semua pihak
Memberi peluang kepada setiap lapisan masyarakat, dari kanak-kanak hingga warga emas, untuk terlibat dalam aktiviti yang menyumbang kepada kesejahteraan bersama
Mengukuhkan hubungan silaturahim
Meningkatkan interaksi antara penduduk setempat, memperbaiki hubungan, dan mengelakkan jurang sosial.
Terima kasih juga kepada sukarelawan dan semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Tanpa usaha gigih dan sokongan anda semua, acara ini tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan baik.
Semoga usaha ini terus menyemarakkan semangat kekeluargaan dalam komuniti kita dan terus memberi kerjasama yang padu untuk mengikuti setiap program yang bakal dijalankan. Marilah kita bersama-sama menjaga hubungan ini dan terus berganding bahu untuk kesejahteraan bersama.

image
image
+17