✨📱 Kempen Internet Selamat (KIS) di SK Long Urun 📱✨
Pada 29 September 2025 (Isnin), seramai 98 orang murid berumur 10-12 tahun telah menyertai Kempen Internet Selamat (KIS) yang berlangsung di SK Long Urun. 🌟
Kempen ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada murid tentang penggunaan internet secara berhemah, selamat dan bertanggungjawab.
👏 Tahniah kepada Ikon Guru, Cikgu Stephanie serta Ikon Murid, Heavely Embang Hillary yang telah menjadi inspirasi dalam menjayakan program ini.
💡 Dengan adanya kempen seperti ini, diharapkan murid-murid lebih peka tentang ancaman siber serta lebih bijak mengawal penggunaan internet dalam kehidupan seharian.
#kempeninternetselamat
#nadipekanbelaga
#sklongurun
#bijaksiber