๐ŸŒ Kempen Internet Selamat (KIS) โ€“ Negeri Kelantan
๐Ÿ“ Lokasi: Sekolah Menengah Kebangsaan Meranti, Pasir Mas
๐Ÿ“… Tarikh: 26 Ogos 2025 (Selasa)
โฐ Masa: 8.00 pagi โ€“ 11.00 pagi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama NADI Kluster Pasir Mas telah berjaya menganjurkan Kempen Internet Selamat (KIS) di SMK Meranti, Pasir Mas, Kelantan sebagai salah satu inisiatif memperkukuh literasi digital dalam kalangan pelajar. Program ini dilaksanakan selaras dengan agenda nasional bagi memastikan generasi muda memiliki kompetensi digital yang selamat, bertanggungjawab, dan beretika.
๐ŸŽฏ Objektif Program
โœ…Meningkatkan literasi digital pelajar dalam menggunakan internet dengan lebih selamat
โœ…Membentuk amalan penggunaan internet yang beretika dan bertanggungjawab.
โœ…Menyemai kesedaran tentang ancaman siber seperti pendedahan maklumat peribadi, penipuan, dan pengantunan siber.
โœ…Mengasah kemahiran mengesan maklumat sahih berbanding palsu.
๐Ÿ‘ฅ Jumlah Peserta
Program ini telah disertai oleh seramai 600 orang pelajar.
๐Ÿ“– Modul yang Digunakan
Modul Remaja (13 โ€“ 17 Tahun)
2 orang fasilitator ditugaskan untuk pelaksanaan taklimat ringkas modul ini.
๐Ÿ“š Aktiviti:
- Taklimat cara penggunaan internet selamat
- Penetapan Minda: Aktiviti Pecah Ruyung
- Pelajaran 1: Fakta Atau Auta
- Pelajaran 2: Detektif Jejak Digital.
- Pelajaran 3: Red Flag
โœ… Hasil Program
Objektif utama Kempen Internet Selamat (KIS) di SMK Meranti adalah untuk meningkatkan keupayaan pelajar dalam menilai ketulenan maklumat yang diterima melalui ruang siber. Pada masa yang sama, program ini juga memberi penekanan terhadap pemantapan kesedaran mengenai bahaya mendedahkan maklumat peribadi tanpa kawalan. Selain itu, pelajar turut didedahkan dengan pemahaman mendalam tentang konsep jejak digital serta kesannya dalam jangka panjang terhadap reputasi dan keselamatan diri. Tidak kurang pentingnya, KIS membantu pelajar mengenal pasti indikator awal pengantunan siber (online grooming) agar mereka mampu membina daya tahan kendiri terhadap ancaman yang wujud di alam maya. Secara keseluruhannya, kempen ini telah menjadi wahana yang berkesan dalam mengarus perdanakan literasi keselamatan digital. Ia bukan sahaja menanam kesedaran siber dalam kalangan pelajar, bahkan memperkukuh literasi kritis, pemikiran analitis dan etika digital yang amat diperlukan untuk mendepani cabaran dunia maya yang semakin kompleks.
#kempeninternetselamat
#mcmc
#nadikelantan