ЁЯМР Kempen Internet Selamat (KIS) тАУ Negeri Kelantan
ЁЯУН Lokasi: Sekolah Menengah Kebangsaan Meranti, Pasir Mas
ЁЯУЕ Tarikh: 26 Ogos 2025 (Selasa)
тП░ Masa: 8.00 pagi тАУ 11.00 pagi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama NADI Kluster Pasir Mas telah berjaya menganjurkan Kempen Internet Selamat (KIS) di SMK Meranti, Pasir Mas, Kelantan sebagai salah satu inisiatif memperkukuh literasi digital dalam kalangan pelajar. Program ini dilaksanakan selaras dengan agenda nasional bagi memastikan generasi muda memiliki kompetensi digital yang selamat, bertanggungjawab, dan beretika.
ЁЯОп Objektif Program
тЬЕMeningkatkan literasi digital pelajar dalam menggunakan internet dengan lebih selamat
тЬЕMembentuk amalan penggunaan internet yang beretika dan bertanggungjawab.
тЬЕMenyemai kesedaran tentang ancaman siber seperti pendedahan maklumat peribadi, penipuan, dan pengantunan siber.
тЬЕMengasah kemahiran mengesan maklumat sahih berbanding palsu.
ЁЯСе Jumlah Peserta
Program ini telah disertai oleh seramai 600 orang pelajar.
ЁЯУЦ Modul yang Digunakan
Modul Remaja (13 тАУ 17 Tahun)
2 orang fasilitator ditugaskan untuk pelaksanaan taklimat ringkas modul ini.
ЁЯУЪ Aktiviti:
- Taklimat cara penggunaan internet selamat
- Penetapan Minda: Aktiviti Pecah Ruyung
- Pelajaran 1: Fakta Atau Auta
- Pelajaran 2: Detektif Jejak Digital.
- Pelajaran 3: Red Flag
тЬЕ Hasil Program
Objektif utama Kempen Internet Selamat (KIS) di SMK Meranti adalah untuk meningkatkan keupayaan pelajar dalam menilai ketulenan maklumat yang diterima melalui ruang siber. Pada masa yang sama, program ini juga memberi penekanan terhadap pemantapan kesedaran mengenai bahaya mendedahkan maklumat peribadi tanpa kawalan. Selain itu, pelajar turut didedahkan dengan pemahaman mendalam tentang konsep jejak digital serta kesannya dalam jangka panjang terhadap reputasi dan keselamatan diri. Tidak kurang pentingnya, KIS membantu pelajar mengenal pasti indikator awal pengantunan siber (online grooming) agar mereka mampu membina daya tahan kendiri terhadap ancaman yang wujud di alam maya. Secara keseluruhannya, kempen ini telah menjadi wahana yang berkesan dalam mengarus perdanakan literasi keselamatan digital. Ia bukan sahaja menanam kesedaran siber dalam kalangan pelajar, bahkan memperkukuh literasi kritis, pemikiran analitis dan etika digital yang amat diperlukan untuk mendepani cabaran dunia maya yang semakin kompleks.
#kempeninternetselamat
#mcmc
#nadikelantan