13 Ogos 2025
Program Pentarama X Kelab Malaysiaku
ЁЯУНSMK Limbang
MCMC Cawangan Miri(MBO) telah meneruskan pelaksanaan Kempen Internet Selamat (KIS) melalui penyertaan dalam Program Pentarama X Kelab Malaysiaku, anjuran bersama Jabatan Penerangan (JAPEN).
Program ini telah berlangsung di SMK Limbang dan melibatkan penyertaan seramai 700 orang pelajar. MBO telah diberikan slot khas untuk menyampaikan taklimat Kempen Internet Selamat, dengan tumpuan khusus terhadap isu-isu seperti maklumat palsu,pengantunan dalam talian dan buli siber.
Melalui taklimat yang disampaikan, pelajar menunjukkan kefahaman yang lebih jelas tentang bahaya maklumat palsu, ancaman pengantunan dalam talian, dan risiko buli siber. Program ini turut menggalakkan pelajar mengamalkan etika penggunaan internet secara berhemah, meningkatkan kesedaran mereka terhadap hak dan tanggungjawab sebagai pengguna, serta memupuk sikap berwaspada ketika berinteraksi di dunia digital.