KENALI, KUASAI & SAYANGI MESIN JAHIT ANDA!

Jom Sertai Kelas Interaktif: Kenali, Kuasai & Sayangi Mesin Jahit Anda!
📅 30 Jun 2025 (Isnin)
🕛 12. 00 PM – 12:30 PM

📍 Penyertaan Terbuka Kepada Semua

🧵 Baru beli mesin jahit tapi tak tahu nak mula dari mana? Atau dah lama ada tapi takut nak guna?
📍 Jangan risau — sesi Mahir Jahit ini direka khas untuk anda yang mahu berkenalan dan lebih yakin menggunakan mesin jahit sendiri!

Dalam kelas selama 30 minit ini, anda akan pelajari:

-Pengenalan kepada komponen penting mesin jahit
-Fungsi setiap butang dan bahagian asas
-Teknik penjagaan supaya mesin tahan lama
-Cara-cara penggunaan selamat & mudah faham

🪡 Kelas ini sangat sesuai untuk:

*Pemula yang baru nak belajar menjahit
*Suri rumah yang nak hasilkan jahitan sendiri dari rumah
*Golongan muda atau warga emas yang mahu cuba hobi baru

Sesiapa yang ingin lebih yakin dengan mesin sendiri!

💡 Dengan ilmu yang betul, menjahit boleh jadi mudah, menyeronokkan dan menjimatkan! Bila kita kenal, barulah kita sayang dan lebih yakin untuk mula menjahit dari rumah.

image