PENYERTAAN MASIH DIBUKA BAGI PROGRAM PENCARIAN IKON USAHAWAN CILIK NADI 2025 (COHORT 3)

Sukacita dimaklumkan, pihak NADI x Keusahawanan telah membuka penyertaan Program Pencarian IKON USAHAWAN CILIK NADI 2025 bagi pengambilan COHORT 3. Kami telah menerima sambutan yang menggalakkan dan mengalu-alukan penyertaan lebih ramai peserta.

Pengenalan :

Program ini bertujuan untuk memupuk pengetahuan dan semangat membudayakan keusahawanan di kalangan kanak-kanak dan remaja (7-17 tahun). Peserta akan mempelajari modul latihan berkaitan perancangan perniagaan, pengoperasian syarikat, perancangan kewangan perniagaan dan pemasaran. Mereka juga akan didedahkan dengan asas dan aplikasi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence).

Syarat-syarat Penyertaan :

1.Warganegara Malaysia
2.Berusia 7 – 17 tahun
3.Kanak-kanak Lelaki & Perempuan
4.Berdaftar sebagai Ahli NADI
5.Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan
6.Mendapat kebenaran Ibu bapa / Penjaga

image
image
image
image