Sumber: Facebook YB Datuk Fahmi Fadzil.

Alhamdulillah, Kerajaan MADANI menerusi agensi di bawah Kementerian Komunikasi iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini menjalin kerjasama strategik dengan Kerajaan Negeri Johor menerusi pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU).

Majlis pertukaran MoU ini disaksikan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor; Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor; dan saya sendiri di Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Kerjasama strategik ini akan memperkukuh infrastruktur digital, memperluas liputan rangkaian Internet, serta meningkatkan tahap kesedaran rakyat terhadap keselamatan siber dan literasi digital, khususnya di kawasan berkaitan dengan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Bagi memastikan pelaksanaan dan objektifnya tercapai, Kerajaan Persekutuan akan memperuntukkan RM300 juta dalam tempoh dua tahun mendatang.

Menerusi pelaksanaan MoU ini, insya-Allah MCMC akan mendokong Negeri Johor ke arah transformasi teknologi dan ekonomi yang progresif.

FB: https://www.facebook.com/share/p/1BpSDz533D/

IG: https://www.instagram.com/p/DItXWqyB4bw/

X: https://x.com/fahmi_fadzil/sta....tus/1914297434827870