Sumber: Facebook YB Datuk Fahmi Fadzil.
Alhamdulillah, Kerajaan MADANI menerusi agensi di bawah Kementerian Komunikasi iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini menjalin kerjasama strategik dengan Kerajaan Negeri Johor menerusi pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU).
Majlis pertukaran MoU ini disaksikan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor; Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor; dan saya sendiri di Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Kerjasama strategik ini akan memperkukuh infrastruktur digital, memperluas liputan rangkaian Internet, serta meningkatkan tahap kesedaran rakyat terhadap keselamatan siber dan literasi digital, khususnya di kawasan berkaitan dengan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Bagi memastikan pelaksanaan dan objektifnya tercapai, Kerajaan Persekutuan akan memperuntukkan RM300 juta dalam tempoh dua tahun mendatang.
Menerusi pelaksanaan MoU ini, insya-Allah MCMC akan mendokong Negeri Johor ke arah transformasi teknologi dan ekonomi yang progresif.
FB: https://www.facebook.com/share/p/1BpSDz533D/
IG: https://www.instagram.com/p/DItXWqyB4bw/
X: https://x.com/fahmi_fadzil/sta....tus/1914297434827870
Media Sosial Rasmi: Kementerian Kewangan
🔗https://www.facebook.com/share..../p/1FY9sQ3ajY/?mibex
🔗https://www.instagram.com/p/DI....gL3WOPTOE/?igsh=MTBy
🧠 Fakta vs Mitos: Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Parkinson!
Penyakit Parkinson sering dikaitkan dengan tangan menggeletar, tetapi adakah itu satu-satunya tanda? 🤔 Banyak mitos dan salah faham tentang Parkinson yang perlu diluruskan!
Jom sertai webinar khas ini untuk memahami fakta sebenar bersama pakar neurologi, Dr. Lim Thien Thien dari Island Hospital, Penang.
📅 Tarikh: Jumaat, 11 April 2025
🕥 Masa: 10:30 pagi
🔗 Join di sini: meet.google.com/tvt-jacd-uem
dan di FB Live NADI Malaysia
🔎 Apa yang akan anda pelajari?
✅ Simptom sebenar Parkinson – lebih daripada sekadar gegaran
✅ Mitos biasa yang perlu dibetulkan
✅ Rawatan moden & gaya hidup yang boleh membantu pesakit Parkinson
✅ Sesi Q&A bersama pakar neurologi
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan fakta yang tepat dan elakkan kekeliruan tentang penyakit ini! Klik link untuk sertai webinar secara PERCUMA!
#parkinson #faktavsmitos #webinarkesihatan #studiosihat
📢 AWAS! Risiko Penipuan & Ugutan Dalam Talian ⚠️💻
Kanak-kanak mudah terpedaya dengan pautan palsu, permainan berbayar & mesej spam. Lebih membimbangkan, mereka boleh menjadi mangsa pemerasan siber jika berkongsi gambar atau maklumat peribadi! 😨
🔹 Lindungi mereka dengan langkah ini:
✅ Ajar mereka tidak berkongsi maklumat peribadi.
✅ Gunakan kawalan ibu bapa (parental control).
✅ Sentiasa pantau aktiviti dalam talian mereka.
✅ Galakkan mereka bertanya jika ada situasi mencurigakan.
👨👩👧👦 Kesedaran adalah perlindungan terbaik! 🌍💙
#nadixawareness #kitasafe #sayasafe #safeinternet
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
ڤوست سيبرن معلومت ناسيونل