📢 AWAS! PENGANTUNAN DALAM TALIAN BOLEH BERLAKU KEPADA SESIAPA SAHAJA! 🚨💻 
👀 Apa Itu Pengantunan Dalam Talian? 
Pengantunan dalam talian adalah taktik individu berniat jahat untuk memperdaya kanak-kanak atau remaja dengan tujuan eksploitasi seperti pemerasan atau penderaan. 
⚠ Bahaya Pengantunan Dalam Talian: 
❌ Boleh menyebabkan penderaan fizikal dan emosi. 
❌ Mengakibatkan trauma jangka panjang. 
❌ Berisiko menjadi mangsa pemerasan dan eksploitasi seksual. 
🔎 Tanda-Tanda Pengantunan Dalam Talian: 
🚩 Individu tidak dikenali mendekati secara tiba-tiba. 
🚩 Meminta maklumat peribadi atau gambar. 
🚩 Memberi hadiah atau pujian secara berlebihan. 
🚩 Mengajak berkomunikasi secara rahsia. 
🚩 Menggunakan ugutan atau pemerasan. 
🛑 Cara Mencegah Pengantunan Dalam Talian: 
✅ Jangan kongsi maklumat peribadi. 
✅ Berhati-hati dengan individu mencurigakan. 
✅ Gunakan privasi media sosial dengan betul. 
✅ Berbincang dengan ibu bapa atau orang dewasa yang dipercayai. 
✅ Laporkan aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. 
📞 Jika anda atau seseorang yang anda kenali menjadi mangsa, LAPORKAN SEGERA! 
📲 Talian Kasih 15999 
Pertanyaan lanjut: 
📲 016-262 5426 
Jangan biarkan diri anda atau orang tersayang menjadi mangsa!  
#keselamatansiber #stopgrooming #jangantertipu #pusatsebaranmaklumatnasional #nadikgchabau #celcomdigi #mcmc
 
         
                
		 
		 
		