π’ AWAS! PENGANTUNAN DALAM TALIAN BOLEH BERLAKU KEPADA SESIAPA SAHAJA! π¨π» 
π Apa Itu Pengantunan Dalam Talian? 
Pengantunan dalam talian adalah taktik individu berniat jahat untuk memperdaya kanak-kanak atau remaja dengan tujuan eksploitasi seperti pemerasan atau penderaan. 
β  Bahaya Pengantunan Dalam Talian: 
β Boleh menyebabkan penderaan fizikal dan emosi. 
β Mengakibatkan trauma jangka panjang. 
β Berisiko menjadi mangsa pemerasan dan eksploitasi seksual. 
π Tanda-Tanda Pengantunan Dalam Talian: 
π© Individu tidak dikenali mendekati secara tiba-tiba. 
π© Meminta maklumat peribadi atau gambar. 
π© Memberi hadiah atau pujian secara berlebihan. 
π© Mengajak berkomunikasi secara rahsia. 
π© Menggunakan ugutan atau pemerasan. 
π Cara Mencegah Pengantunan Dalam Talian: 
β
 Jangan kongsi maklumat peribadi. 
β
 Berhati-hati dengan individu mencurigakan. 
β
 Gunakan privasi media sosial dengan betul. 
β
 Berbincang dengan ibu bapa atau orang dewasa yang dipercayai. 
β
 Laporkan aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. 
π Jika anda atau seseorang yang anda kenali menjadi mangsa, LAPORKAN SEGERA! 
π² Talian Kasih 15999 
Pertanyaan lanjut: 
π² 016-262 5426 
Jangan biarkan diri anda atau orang tersayang menjadi mangsa!  
#keselamatansiber #stopgrooming #jangantertipu #pusatsebaranmaklumatnasional #nadikgchabau #celcomdigi #mcmc
 
         
                
		 
		 
		