Sukacita saya kongsikan, sebanyak 3,149 titik akses (AP) Wi-Fi telah pun siap dipasang di tiga universiti awam (UM, USIM, UniMAP) menerusi fasa pertama dalam usaha menambah baik capaian Internet di Institut Pengajian Tinggi Awam.
Ini pencapaian yang amat baik, hasil kerjasama antara Kementerian Komunikasi melalui MCMC, dengan Kementerian Pendidikan Tinggi.
Pagi tadi saya meluangkan masa ke Kolej Kediaman Ketujuh (Za'ba) di UM untuk meninjau status pemasangan AP Wi-Fi berkenaan.
Menerusi fasa pertama, 1,837 AP Wi-Fi telah dipasang di empat fakulti dan satu kolej di UM.
Insya-Allah, fasa kedua akan bermula Mac ini yang memanfaatkan 14 universiti awam (termasuk UM), 24 politeknik dan 43 kolej komuniti.
Hampir 32,000 AP Wi-Fi akan dipasang dalam fasa kedua nanti, dan dijangka siap pada Julai.
Sempena keberadaan di UM tadi, saya turut menyampaikan sumbangan 50 komputer riba kepada mahasiswa UM, terutama yang terjejas akibat banjir pada hujung tahun lepas.
FB: https://www.facebook.com/share/p/1DukNRq9ow/
IG: https://www.instagram.com/p/DFz4E8LB8Af/
X: https://x.com/fahmi_fadzil/sta....tus/1888191742257803
Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anuar Ibrahim menegaskan Malaysia komited membantu pembangunan semula Gaza melalui kerjasama rakyat, sektor swasta serta sokongan Jepun menerusi program Asia Timur. Tonton Pembangunan Semula Gaza daripada Kapsul JAPENTV 🔗 Video penuh di pautan berikut :
📌 Facebook: https://www.facebook.com/share..../v/151tKcLj13/?mibex
#malaysiamadani
#taatsetia
#jabatanpenerangan
#nadi
NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA CUTI UMUM TAHUN BARU CINA 2025.
Dimaklumkan bahawa penutupan sementara operasi
NADI TELUK RIMBA pada 29hb & 30hb Januari 2025 (Rabu & Khamis) sempena Cuti Umum Tahun Baru Cina 2025.
NADI Teluk Rimba akan beroperasi semula seperti biasa pada 31hb Januari 2025 (Jumaat).
Harap Maklum, Terima Kasih
KEAHLIAN PERCUMA DI NADI 🤩
PERCUMA! PERCUMA! PERCUMA! Ye betul percuma! ✅
Jadilah sebahagian daripada ahli NADI kerana pelbagai kemudahan kami tawarkan dan aktiviti menarik menanti anda!
💻 Kemudahan yang disediakan:
✔️ WiFi percuma
✔️ Laptop/Komputer
✔️ Bilik latihan
✔️ Ruang melayari internet
✔️ Faks, pencetak, fotokopi, pengimbas, & laminasi
📚 Akses percuma kepada program:
✔️ Latihan Keusahawanan
✔️ Pembelajaran Sepanjang Hayat
✔️ Saringan Kesihatan Percuma
✔️ Program Kesedaran Siber
✔️ Saluran Maklumat Inisiatif Kerajaan