"Penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional- NADI Kg. Kopimpinan ini merupakan projek kerajaan dan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (MCMC) dengan kerjasama Celcom Berhad dan Nera (Malaysia) Sdn Bhd. NADI dilengkapi dengan kemudahan seperti 20 unit komputer, pencetak 3in1 (copy, print & scan), mesin laminate, projector LCD dan juga capaian internet."