Pusat Sebaran Maklumat Nasional secara rasmi disingkatkan sebagai NADI, merupakan projek kerajaan yang diwujudkan pada tahun 2013 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Celcom Axiata Berhad. Projek ini dilaksanakan di dalam pembentangan Belanjawan 2013 di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.
Fungsi NADI adalah untuk menyediakan peluang kepada setiap individu luar bandar, separa luar bandar, atau bandar, menjalankan perniagaan mereka dalam talian, dan menjangkau ke bahagian lain di dunia.