Pada 24 Februari 2025, telah berlangsung Taklimat Keselamatan Dalam Talian di SMK Syed Alwi. Taklimat ini berlangsung di Dataran SMK Syed Alwi bermula pada pukul 07:30 pagi sehingga pukul 08:30 pagi. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran tentang keselamatan dalam talian.
Sepanjang taklimat ini berlangsung, staf MCMC negeri Perlis memberi penerangan mengenai keselamatan dalam talian kepada pelajar sekolah. Seterusnya staf NADI membantu dengan mengedar borang soal selidik mengenai buli siber kepada pelajar sekolah. Akhir sekali, berlangsung sesi soal jawap bersama pelajar sekolah pada akhir taklimat.
#mcmc
#nadimalaysia
#programjelajakdalamtalian


