SELAMAT HARI WANITA ANTARABANGSA 2025 "WANITA BERASPIRASI MEMBINA LEGASI"
Tanggal 8 Mac setiap tahun, Dunia akan meraikan Hari Wanita. Untuk menghargai sumbangan, kejayaan, dan kekuatan wanita di seluruh dunia, kami bagi pihak NADI ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua Usahawan NADI x EmpowHer kami!
Sesuai dengan Tema tahun ini, "Wanita Beraspirasi Membina Legasi", usahawan wanita memainkan peranan penting di dalam meneruskan legasi keluarga, masyarakat dan negara melalui perniagaan. Andalah sumber inspirasi kami.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan Program NADI x Keusahawanan kami!
