NADI x INISIATIF KERAJAAN
Program bersama Komuniti MADANI Jun 2025
21 Jun 2025 - NADI Sadong Jaya telah melaksanakan aktiviti santai bersama beberapa ahli Komuniti MADANI Cina Sadong Jaya dan Komuniti MADANI Sadong Jaya. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah Saringan Kesihatan di mana Komuniti MADANI membuat saringan kesihatan untuk bacaan BMI, tekanan darah tinggi dan gula dalam darah.
Mereka juga dikenalkan dengan apa itu MyDigital ID dan mereka membuat pendaftaran MyDigital ID untuk akses ke aplikasi MyJPJ khususnya. Di samping itu, ahli Komuniti MADANI yang hadir juga didedahkan dengan salah satu Smart Service Pembelajaran Sepanjang Hayat NADI Sadong Jaya iaitu NADI Mahir. Mereka dijemput untuk hadir ke Program NADI Mahir bersama Komuniti yang akan diadakan pada 26 Jun 2025, 5 Julai 2025 dan 6 Julai 2025 secara atas talian.
Terima kasih kepada ahli Komuniti MADANI yang menghadirkan diri untuk aktiviti bulan ini. Sehingga berjumpa lagi pada aktiviti bulan hadapan.


