Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan salah satu inisiatif Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Pada tahun 2024, peranan NADI telah berkembang kepada tiga objektif berikut:
1) capaian internet kolektif
2) memperkasa komuniti
3) sebaran maklumat
NADI telah melalui proses penyusunan semula berdasarkan lima teras utama iaitu keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri, kesedaran dan inisiatif kerajaan.