Inisiatif Kerajaan x NADI
Program Komuniti MADANI x NADI Kg Lambir
Tarikh: 22 Februari 2025
Masa: 10.30 pagi - 12.00 tengahari
Tempat: Bilik Latihan, NADI Kg Lambir
Peserta: Komuniti MADANI Sg. Setulai & Komuniti MADANI Seloi
Keterangan Aktiviti:
Melalui perjumpaan pada kali ini, peserta telah menjalankan saringan kesihatan iaitu saringan untuk memeriksa tahap tekanan darah, paras gula dalam badan dan mengira BMI berdasarkan ketinggian dan berat peserta. Saringan ini dijalankan bagi tujuan memastikan peserta peka akan tahap kesihatan mereka. Di samping itu, peserta juga telah didedahkan dengan MyDigital ID. Peserta telah diberikan penerangan mengenai pengenalan, fungsi dan kelebihan MyDigital ID. Peserta yang terlibat juga telah mendaftarkan diri mereka dengan aplikasi MyDigital ID.
#inisiatifkerajaanmadani
#programkomunitimadani
#komunitimadanikglambir
#nadimalaysia
#nadikglambir




