Mengenai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Rimba Mas mula dibuka secara rasmi pada 3 Mei 2010 yang dahulunya dikenali sebagai Pusat JalurLebar Komuniti (PJK). NADI menyediakan perkhidmatan internet yang berkelajuan tinggi kepada komuniti setempat. Selain itu, terdapat 20 buah komputer (PC) yang disediakan untuk memudahkan operasi penggunaan komputer dan internet. Segala kemudahan ini juga untuk kemudahan pembelajaran ICT kepada komuniti. Selain daripada itu, terdapat juga kemudahan Wifi Komuniti (WK) di sekitar NADI yang disediakan untuk kegunaan penduduk Felda Rimba Mas.
Waktu Operasi :
Hari : Setiap hari kecuali Cuti Umum
Waktu : 9.00 pagi hingga 6.00 petang
Rehat : 1.00 petang hingga 2.00 petang (Jumaat 12.30 - 2.30 pm)
Antara perkhidmatan yang disediakan di NADI ialah:
1. Kelas Latihan Asas Komputer (Terbuka Untuk Semua Peringkat Usia)
2. Latihan Keusahawanan
3. Perkhidmatan penggunaan komputer dan capaian internet
4. Printing, photostat, scanning & laminating
5. Upah menaip
6. Kemudahan Wifi secara Percuma
Kemudahan di NADI:
1. 20 buah komputer yang berkelajuan tinggi2. Ruang Bilik Untuk Kelas dan Latihan.
3. Bilik Penggunaan Internet yang selesa yang dilengkapi Hawa-Dingin (Air-Cond).
4. Ruang rehat yang selesa dan dilengkapi dengan sebuah televisyen.
5. Kemudahan mesin mencetak, mesin laminasi, projektor dan pelbagai servis dokumentasi sampingan disediakan.