Nama Program /Aktiviti: Kempen Internet Selamat (KIS)
Tarikh: 11 Julai 2025(Jumaat)
Tempat: Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tawau
Masa: 09:30 pagi – 11.00 pagi
Kerjasama: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
Kategori Peserta: Pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4
Keterangan Program:
Kempen Internet Selamat (KIS) telah berlangsung di Sekolah MRSM, Tawau. Program ini juga dilaksanakan kerjasama MCMC dan NADI Kluster Tawau, serta melibatkan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4.
Program Kempen Internet Selamat (KIS) kali ini tertumpu kepada pelajar yang berusia 13 hingga 17 tahun. Melalui program kali ini, Fasilitator yang di ketuai oleh Puan Aminah Amming, wakil MCMC Tawau memberi pendedahan kepada pelajar yang terlibat tentang keselamatan internet termasuklah risiko yang bakal di hadapi, tanggungjawab terhadap diri sendiri dan pengguna internet lain, serta kesan jangka panjang penggunaan internet kepada diri sendiri. Akhir sekali, program ini juga turut mengajar beberapa berkara kepada peserta antaranya peserta lebih bijak untuk membezakan maklumat yang sahih dan palsu di internet dengan mengenal ciri-ciri fakta dan auta, lebih bijak menilai risiko pendedahan maklumat peribadi secara terbuka dalam talian yang mendatangkan kesan jangka panjang pada diri dan orang lain, mengenalpasti tanda awal pengantunan seksual dalam talian dan mengemukakan strategi perlindungan kendiri.