[WEBINAR NADI x CYBERSECURITY]
📱 KEBENARAN MENAKUTKAN DISEBALIK DARK WEB
📅 28 Ogos 2025 (Khamis)
🕒 30 PM – 4:30 PM
💻 Platform: Zoom
🔗 Pautan Pendaftaran: cybersecurity.nadi.my (untuk ahli NADI sahaja)
📌 Apa yang akan dipelajari?
✅ Kenali Dark Web – Fahami apa itu “Dark Web” dan realitinya dalam dunia digital.
✅ Ancaman Jenayah Siber (OCG) – Ketahui bahaya kumpulan jenayah terancang di ruang siber.
✅ Elak Jadi Mangsa + Live Demo – Pelajari langkah pencegahan serta saksikan demo membezakan fakta & mitos Dark Web.
📜 Sijil penyertaan disediakan (WAJIB hantar sekurang-kurangnya 1 penyertaan)
📢 Sasaran: Dewasa umum, ibu bapa & belia
🛡 “Kenali, Waspada & Lindungi Diri di Alam Digital.”
📩 Maklumat lanjut: Layari NADI terdekat atau emel ke admin@msda.com.my
PENCARIAN IKON USAHAWAN NADI 2025 - PENGAMBILAN COHORT KE-5
Sukacita dimaklumkan, pihak NADI x Keusahawanan telah pun membuka penyertaan Program Pencarian IKON USAHAWAN NADI 2025 bagi pengambilan COHORT KE-5. Kami telah menerima sambutan yang amat menggalakkan setakat ini. Sehubungan itu, kami ingin mengalu-alukan penyertaan daripada setiap NADI agar peluang berharga ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Syarat-syarat Penyertaan :
1.Warganegara Malaysia
2.Berusia 18 - 60 tahun
3. Lelaki & Perempuan
4.Berdaftar sebagai Ahli NADI
5.Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan
Borang pendaftaran seperti di pautan berikut : 👉
https://form.nadiusahawan.com/k-daftar-cohort