Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai pusat sehenti digital. Memberi kemudahan capaian Internet kepada komuniti tempatan, memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet, serta meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.