Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Bukit Tangga mula beroperasi pada 3 Mei 2010. Pusat Internet adalah satu inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Celcom Berhad dengan kerjasama NuSuara Technology Sdn Bhd dan sekarang diterajui oleh Nera(M) Sdn Bhd pada 2023 seterusnya Peragold Technologies Sdn Bhd 2024-2025. Projek ini dilaksanakan di bawah Program Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.
Objektif penubuhan Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Tangga ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, Pusat Internet juga dilaksanakan sebagai satu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar serta program kesedaran Klik Dengan Bijak (KDB).