LAWATAN KOMUNITI MADANI DAERAH PASIR PUTEH BERSAMA PEGAWAI JAPEN PASIR PUTEH

Tarikh: 27 Januari 2025 (Isnin)
Masa: 10.30 Pagi
Tempat: NADI Balai Tok Janggut

Program ini melibatkan NADI Kluster Pasir Puteh dengan kerjasama JAPEN Pasir Puteh telah menganjurkan Program Lawatan JAPEN & Komuniti Madani ke NADI bertempat di NADI Balai Tok Janggut. Program ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh En Rosli, dari pihak JAPEN Pasir Puteh diikuti oleh taklimat pengenalan NADI kepada ahli Komuniti Madani. Ia turut diselangi dengan Taklimat Pendaftaran Jaringan Komuniti Madani iaitu aplikasi atas talian yang boleh digunakan oleh pihak Komuniti Madani. Selain itu, Smart Services NADI juga telah diadakan seperti:
1) Pendaftaran MyDigital ID
2) Pemeriksaan Kesihatan
3) Taklimat Safe & Shield
4) Taklimat Bantuan Kerajaan
5) Taklimat eKelas Maxis
6) Taklimat Cybersecurity
7) Taklimat E-Sukan
8) Taklimat E-Kelas

Program diakhiri dengan ucapan penutup dan jamuan.

image