NADI TAMAN INDAH LANDEH में नई फ़ोटो जोड़ीं HEBAHAN
7 में

𝐓𝐡𝐚𝐢𝐩𝐮𝐬𝐚𝐦: 𝐓𝐚𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐜𝐮𝐦𝐚 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐦𝐩𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐭𝐞𝐫 𝐋𝐞𝐦𝐛𝐚𝐤 𝐊𝐥𝐚𝐧𝐠

BATU CAVES, 4 Februari- Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM akan menyediakan perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang secara percuma pada 10 dan 11 Februari ini sempena perayaan Thaipusam.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata inisiatif itu bertujuan memudahkan pergerakan pengguna, menggalakkan penggunaan pengangkutan awam serta mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Tambah Loke ia juga menjadikan sambutan Thaipusam lebih bermakna terutama kepada penganut agama Hindu yang akan berkunjung ke Batu Caves bagi menunaikan upacara keagamaan.

"Perkhidmatan percuma ini akan berlangsung dari pukul 12.00 tengah malam hingga 11.59 malam. Pengguna boleh keluar melalui pintu automatik (ACG) dengan imbasan tiket," katanya pada sidang media di Stesen KTMB Batu Caves di sini hari ini.

Beliau menjelaskan semua transaksi pembayaran telah beralih sepenuhnya kepada sistem tanpa tunai melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS), Kad Komuter Link, Kad Touch 'n Go, kad debit atau kredit daripada bank tempatan, serta tiket QR fizikal yang boleh diperoleh di kaunter tiket percuma bagi tempoh 10 hingga 11 Februari.

Menurutnya, seramai 500,000 pengguna dijangka memanfaatkan perkhidmatan itu dengan peningkatan 10 peratus berbanding tahun lepas.

"Dengan kemuncak perjalanan dijangka pada 11 Februari, sempena Hari Thaipusam dan pemberian tambang percuma," katanya

image
image