10 Februari 2025 | Isnin
LAWATAN JAPEN DAERAH SAMARAHAN dan KOMUNITI MADANI ke NADI SADONG JAYA.

Terima kasih kepada pihak JAPEN Daerah Samarahan dan wakil Komuniti Madani Cina Sadong Jaya, wakil Komuniti Madani Sadong Jaya dan wakil Komuni Madani Kampung Jaie atas lawatan ke NADI Sadong Jaya. Lawatan ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama antara pihak MCMC dan JAPEN di mana NADI adalah sebagai rakan pelaksana untuk program-program yang dirancang.

Semasa lawatan, pihak NADI Sadong Jaya memberi sedikit taklimat berkaitan NADI terutamanya berkaitan program-program yang telah dilaksanakan, diikuti dengan ucapan aluan oleh Pegawai Penerangan Daerah Samarahan, Encik Abdul Latip bin Shamsuddin dan wakil Komuniti Madani, Penghulu Teo Thuan Theng.
Turut hadir pada hari tersebut adalah Penyelaras Komuniti Madani (JAPEN), Puan Meriah binti Abdul Hamid.

Semoga pengisian-pengisian program yang dirancang dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.

image
image
+6