𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜: 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜 𝗫 𝗡𝗔𝗗𝗜
🗓️ 27 𝙹𝚊𝚗𝚞𝚊𝚛𝚒 2024

NADI Taman Indah Landeh dengan penuh sukacita menerima kunjungan daripada wakil Komuniti Madani dari sekitar DUN N.13 Batu Kitang.

Lawatan ini turut disertai oleh pegawai daripada Pejabat Penerangan Daerah Kuching, yang telah memberikan pandangan bernas dan input yang amat berguna dalam perbincangan kami.
Kerjasama yang terjalin ini mencerminkan komitmen bersama untuk memperkukuhkan perpaduan serta membina rangkaian komuniti yang progresif dan harmoni.

Pelbagai pandangan, cadangan, dan idea yang konstruktif telah dikongsi, dengan matlamat untuk memajukan dan meningkatkan kesejahteraan penduduk setempat.

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan serta usaha berterusan semua pihak yang terlibat. NADI Taman Indah Landeh akan terus berusaha untuk merealisasikan inisiatif dan program yang memberi manfaat bersama.

#naditamanlandeh #naditamanindahlandehbersamakomunitimadani #komunitilandeh #komunitimadani

image
image