22 FEBRUARI 2025

TAKLIMAT ASAS KEUSAHAWANAN DALAM TALIAN BERSAMA KOMUNITI MADANI RIM & JAPEN DAERAH JASIN DI NADI TAMAN SERI KEMENDOR

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, berikut adalah laporan program/aktiviti bagi NADI x KM di NADI Taman Seri Kemendor.

Pada 22 Februari 2025, NADI Taman Seri Kemendor telah menganjurkan satu program taklimat yang bertajuk "Taklimat Asas Perniagaan" dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Program ini dihadiri oleh pelbagai golongan yang terdiri daripada Ahli Komuniti Madani, Usahawan Tempatan, dan Jabatan Penerangan Daerah Jasin. Kehadiran peserta yang pelbagai latar belakang memberikan impak yang positif terhadap tujuan program ini.

Program dimulakan dengan penyampaian ucapan daripada Puan Azreen, Pegawai Jabatan Penerangan Daerah Jasin, turut memberikan dorongan dan motivasi kepada usahawan untuk terus berkembang dalam perniagaan. Seterusnya, taklimat mengenai asas keusahawanan yang disampaikan oleh Muhammad Hakimi, Penolong Pengurus NADI Taman Seri Kemendor. Taklimat tersebut memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan dan cara menggunakan media sosial sebagai platform perniagaan dalam talian. Program ini juga diserikan dengan sesi bergambar bersama peserta, diikuti dengan makan tengahari.

Antara manfaat utama yang diperoleh peserta adalah pendedahan mengenai penggunaan media sosial dalam memasarkan produk secara dalam talian, serta peluang untuk merangka pengurusan perniagaan secara lebih sistematik. Program ini juga memberi peluang kepada NADI untuk terus membimbing usahawan dalam mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih berkesan di platform digital. Peserta dilihat semakin bersemangat untuk meneroka dunia perniagaan dalam talian selepas mendapat maklumat yang berguna.

Bagi perancangan program yang akan datang, beberapa aktiviti telah dirancang termasuk perlantikan urusetia Usahawan Komuniti Madani, Bengkel Keusahawanan Pemasaran Produk, serta Kelas ICT untuk meningkatkan pengetahuan teknologi dalam kalangan Komuniti Madani. Selain itu, kolaborasi bersama Jabatan Penerangan (JAPEN) dan NADI juga dirancang untuk memperluas lagi jangkauan dan sokongan kepada para usahawan tempatan.

image