Dengan segala hormatnya, kami berbesar hati ingin menjemput anda (usahawan / bekerja sendiri / suri2rumah & sesiapa shj yang berminat) untuk menyertai Webinar NADI Nurture – eKelas Usahawan.
Pendigitalan amat penting dalam era digital kini, dan eKelas Usahawan memperkasakan usahawan mikro melalui bengkel pemasaran digital berstruktur, menawarkan kemahiran praktikal dalam fotografi, penulisan kreatif dan pengiklanan dalam talian untuk mengukuhkan kemahiran digital mereka dalam meluaskan peluang pendapatan.
Syarat Penyertaan:
Terbuka kepada ahli NADI yang berdaftar
Berumur 18 tahun hingga 60 tahun
Penyertaan adalah PERCUMA
Hubungi NADI di:
https://wa.link/em5j1v atau https://wa.link/l2md0b untuk pendaftaran.
Webinar ini akan diadakan secara dalam talian, dan pautan penyertaan akan diberikan melalui emel kepada peserta yang telah mendaftar. Kami amat mengalu-alukan penyertaan anda untuk bersama-sama mempelajari kepentingan menggunakan kemahiran digital dalam perniagaan atas talian anda.
Jangan lepaskan peluang ini untuk menimba ilmu dan meningkatkan kesedaran digital bersama!
Sekian, terima kasih.


