NADI X KIDPRENEUR : 
PENYERTAAN DIBUKA BAGI PROGRAM PENCARIAN IKON USAHAWAN CILIK NADI 2025 (COHORT 1)  
 
Sukacita dimaklumkan, pihak NADI x Keusahawanan akan menganjurkan Program Pencarian IKON USAHAWAN CILIK NADI 2025 bagi pengambilan COHORT 1. 
 
Pengenalan : 
Program ini bertujuan untuk memupuk pengetahuan dan semangat membudayakan keusahawanan di kalangan kanak-kanak dan remaja (7-17 tahun).  
 
Terdapat tiga (3) Fasa Program yang akan dilalui oleh IKON Usahawan Cilik NADI seperti berikut: 
Fasa 1 : Latihan dalam talian & Pembelajaran Video On-the-Go (22 Feb - 30 Mei 2025) 
Fasa 2 : Kem Keusahawanan Peringkat Nasional "National Bootcamp (31 Mei - 1 Jun 2025)  
Fasa 3 : 20 IKON USAHAWAN CILIK di Persidangan NADI (Julai 2025) 
 
Syarat-syarat Penyertaan :  
1.Warganegara Malaysia 
2.Berusia 7 – 17 tahun 
3.Kanak-kanak Lelaki & Perempuan 
4.Berdaftar sebagai Ahli NADI 
5.Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan 
6.Mendapat kebenaran Ibu bapa / Penjaga 
 
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN :  JUMAAT, 21 FEBRUARI 2025 
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi/whatsapp : 
011-37370367




 
                
		 
		