NADI X KIDPRENEUR
PENYERTAAN DIBUKA BAGI PROGRAM PENCARIAN IKON USAHAWAN CILIK NADI 2025 (COHORT 1)
Sukacita dimaklumkan, pihak NADI x Keusahawanan akan menganjurkan Program Pencarian IKON USAHAWAN CILIK NADI 2025 bagi pengambilan COHORT 1.
Pengenalan :
Program ini bertujuan untuk memupuk pengetahuan dan semangat membudayakan keusahawanan di kalangan kanak-kanak dan remaja (7-17 tahun).
Terdapat tiga (3) Fasa Program yang akan dilalui oleh IKON Usahawan Cilik NADI seperti berikut:
Fasa 1 : Latihan dalam talian & Pembelajaran Video On-the-Go (22 Feb - 30 Mei 2025)
Fasa 2 : Kem Keusahawanan Peringkat Nasional “National Bootcamp (31 Mei - 1 Jun 2025)
Fasa 3 : 20 IKON USAHAWAN CILIK di Persidangan NADI (Julai 2025)
Sasaran :
Penglibatan NADI seluruh negara yang akan menyaksikan 20 IKON Usahawan Cilik NADI terbaik yang bakal diketengahkan semasa Persidangan NADI 2025.
Syarat-syarat Penyertaan :
1.Warganegara Malaysia
2.Berusia 7 – 17 tahun
3.Kanak-kanak Lelaki & Perempuan
4.Berdaftar sebagai Ahli NADI
5.Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan
6.Mendapat kebenaran Ibu bapa / Penjaga
Berminat??
Hubungi kami untuk pendaftaran http://www.wasap.my/60198318113



