BAU 8 Februari 2025: Seramai 10 orang Ahli Komuniti Madani Kampung Daun Singai berkampung di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Tanjung Bowang hari ini bagi menjayakan Slot Khas Program Komuniti Madani X NADI hari ini.

Menerusi program ini Pengurus NADI, Kristina Bujang telah menyampaikan taklimat bagi mendedahkan para peserta dengan maklumat Kenali NADI dan Perkhidmatan Pintar NADI.
Ketua Komuniti Madani Kampung Daun Singai, Roystein Giles turut kelihatan hadir menyertai program ini bersama ahli-ahlinya dan Pegawai Penyelaras, Denis Etem sebagai tanda sokongan.

"Banyak maklumat berkaitan perkhidmatan NADI yang kami dapat menerusi program baharu Jabatan Penerangan Malaysia ini.

" Terima kasih kepada Jabatan Penerangan (JAPEN) Daerah Bau dan NADI Tanjung Bowang atas penganjuran program ini dan melibatkan kami sebagai peserta" ujar Roystein ketika ditemui JAPEN Bau.

Terdahulu Pegawai Penerangan Daerah Bau, Sumardi Sugiman menjelaskan selain mendengar taklimat daripada NADI dan JAPEN Bau para peserta program ini berkesempatan mendaftar sebagai ahli NADI, menyertai Kempen Imbas QR Kod dbook. penerangan.gov.my, pemeriksaan kesihatan, pendaftaran MyDigital ID dan mendapatkan pelbagai bahan penerbitan JAPEN.

Kata Sumardi NADI Tanjung Bowang merupakan lokasi pertama penganjuran program dan NADI Krokong menjadi lokasi kedua melibatkan penyertaan Komuniti Madani Kampung Peros.

imageimage
+7