Sesi libat urus Jabatan Penerangan (JAPEN) Daerah Bau bersama NADI Tanjung Bowang berlangsung di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).
Pertemuan ini membincangkan persiapan Program Komuniti Madani Kampung Daun Singai X NADI Tanjung Bowang pada 8 Februari ini.
Ketibaan rombongan Jabatan Penerangan (JAPEN) Daerah Bau yang diketuai oleh Pegawai Penerangan Daerah Bau, Sumardi Sugiman, Ketua Komuniti Madani Kampung Daun Singai, Roystein Giles dan Pegawai Penyelaras Komuniti Madani Kampung Daun Singai, Denis Etem telah disambut oleh Pengurusan NADI, Kristina Bujang.




