ЁЯМЯ Taklimat Nadi Bersama Komuniti Madani
ЁЯУЕ Tarikh: 9 Febuari 2025
ЁЯХЩ Masa: 90 pagi тАУ 120 tghari
ЁЯУН Tempat: Nadi Tok Kayaman
Aktiviti:
ЁЯУЭ Pendaftaran Keahlian NADI Tok Kayaman
Pendaftaran ahli baru bagi Komuniti Madani yang hadir.
ЁЯМР Pendaftaran Portal Jaringan Komuniti Madani
Penerangan dan pendaftaran untuk akses portal jaringan komuniti Madani, sebagai platform utama pengurusan dan perkongsian maklumat.
Pada 9 Febuari 2025 bermula 9.00 pagi, suatu taklimat pengenalan mengenai skop, fasiliti dan program/aktiviti NADI Tok Kayaman telah diadakan bersama JPEN dan juga MCMC Perlis.
Taklimat ini bertujuan menyantuni Komuni Madani di kawasan DUN Mata Ayer dalam usaha memperkenalkan manfaat NADI buat komuniti setempat tanpa mengira peringkat usia, bangsa dan latarbelakang pendidikan dan pendapatan. Antara konteks yang diketengahkan mengenai perkhidmatan asas NADI yang ditawarkan seperti mencetak, fotokopi, membantu urusan pendaftaran/surat-menyurat termasuk pengenalan 5 perkhidmatan pintar NADI (Keusahawanan, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kesejahteraan Kendiri, Kesedaran dan Inisiatif Kerajaan).
Semoga NADI Tok Kayaman dapat menjadi sebuah pusat sehenti utama (one-stop centre) dalam membantu menyumbang kepada komuniti setempat bagi mengembangkan dan meningkatkan nilai diri dari aspek ilmu, kemahiran, pendapatan dan kemajuan teknologi semasa. 'Majulah NADI Untuk Komuniti'.
#naditokkayaman
#pusatsebaranmaklumatnasional
#jpen
#jabatannadi
#nadimalaysia
#mcmc
#tokkayaman

imageimage
+6