Kita sering mendengar tentang penyakit dikaitkan dengan gaya hidup yang tidak sihat seperti kencing manis, darah tinggi, dan obesiti, yang boleh meningkatkan risiko komplikasi serius seperti strok dan penyakit jantung. Namun, jarang diketahui bahawa penyakit-penyakit ini juga boleh menyebabkan Penyakit Hati Berlemak, yang berpotensi membawa kepada kegagalan hati dan kanser hati.
NADI Kesejahteraan Kendiri kali ini dengan kolaborasi bersama Akademi Perubatan Malaysia (AMM) menampilkan Profesor Dr. Rosmawati Mohamed, seorang pakar perunding Hepatologi dan Gastroenterologi yang akan berkongsi ilmu pengetahuan mengenai Penyakit Hati Berlemak , faktor-faktor risiko, langkah pencegahan, dan rawatan susulan. Sila ikuti slot menarik ini di webinar NADI Kesejahteraan Kendiri pada hari Selasa 28 Jan 2025, jam 10.30 pagi.
Anda boleh sertai webinar di pautan meet.google.com/bjc-ptsw-eza atau ke FB page NADI Official Malaysia https://www.facebook.com/officialnadimalaysia.
