𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜: 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜 𝗫 𝗡𝗔𝗗𝗜
25 Januari 2025 (Sabtu), NADI Satok berbesar hati menerima kunjungan daripada wakil Komuniti Madani sekitar DUN N.8 Satok. Lawatan ini turut disertai oleh pegawai dari Pejabat Penerangan Daerah Kuching yang memberikan input bernas dan bermanfaat kepada perbincangan kami.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuhkan perpaduan dan membina jaringan komuniti yang progresif. Pelbagai pandangan, cadangan, dan idea telah dikongsi demi memacu kemajuan dan kesejahteraan penduduk setempat.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan usaha berterusan semua pihak yang terlibat. NADI Satok akan terus berusaha memastikan inisiatif dan program yang bermanfaat dapat dijayakan bersama.
#komunitimadani
#nadisatok
#kesejahteraankomuniti
#kerjasamakearahkemajuan


