DiLea NADI Nurture में नई फ़ोटो जोड़ीं Webinar Berkala Matematik
20 में

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua Petugas NADI,

Sukacita dimaklumkan di bawah Elemen Program Khas NADI-Nurture DiLea, Webinar Berkala Matematik akan diadakan dan terbuka kepada pelajar Tingkatan 4 dan 5. Sesi pertama bagi Webinar Berkala Matematik ini akan diadakan pada 8 Febuari 2025.

Pendaftaran pelajar untuk mengikuti Webinar Berkala Matematik ini adalah melalui sistem DiLea di Menu "Special Programme Registration" dan semua NADI wajib menghantar sekurang-kurangnya 1 Pelajar bagi mengikuti Webinar ini. Suka diingatkan, sesi pembelajaran untuk SEMUA PROGRAM KHAS selepas ini adalah melalui akaun sistem DiLea NADI masing-masing. Link pembelajaran akan dimasukkan ke dalam sistem DiLea dan NADI perlu memancarkan sesi pembelajaran di Skrin Bilik Latihan masing-masing sekiranya pelajar lebih dari seorang. Jika hanya seorang pelajar yang terlibat, pelajar boleh mengikuti sesi pembelajaran menggunakan PC dan Headphone di meja individu NADI.

Untuk itu, dilampirkan Poster Hebahan Webinar Berkala Matematik Sesi Pertama untuk memudahkan pihak NADI membuat hebahan. Seperti biasa, sekiranya terdapat pertanyaan berkenaan NADI-Nurture DiLea boleh diajukan di dalam Group Support DiLea di https://t.me/+mW-5VFX8LXdjNTU1 atau https://chat.whatsapp.com/BP2fUKoRmyRBFXxYcJ2f6Y

Semoga semua Petugas NADI ambil maklum dan terima kasih atas perhatian dan kerjasama.

image