PLKN 3.0: Pembentukan Generasi Muda Malaysia yang Cemerlang!
Salam sejahtera, seluruh warga Malaysia Madani!
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 kembali lagi dengan lebih banyak pembaharuan yang pastinya lebih menarik dan bermanfaat untuk generasi muda kita!
PLKN 3.0 diwujudkan semula dengan tujuan untuk memupuk semangat patriotisme, perpaduan nasional, dan jati diri dalam kalangan golongan muda di Malaysia.
Pelaksanaan semula PLKN 3.0 bertujuan untuk memberi peluang kepada remaja Malaysia untuk menghadapi cabaran hidup melalui pengalaman latihan fizikal dan mental.
PLKN 3.0 ini dibangunkan berteraskan Akta Latihan Khidmat Negara (Akta 628), Dasar Keselamatan Negara (DKN), Kertas Putih Pertahanan (KPP), dan dasar-dasar berkaitan yang disebut sebelum ini. Konsep ini dibentuk dengan gabungan dua komponen penting iaitu Komponen Utama Latihan Khidmat Negara dan Komponen Keberhasilan Latihan Khidmat Negara melibatkan empat fasa.
Maklumat lanjut mengenai PLKN boleh dirujuk dilaman sesawang:
https://www.mod.gov.my/index.p....hp/en/information/pl
