Wiramuda PLKN3.0: Membentuk Generasi Tahan Lasak
Masa depan bukan sekadar satu destinasi, tetapi satu perjalanan yang membentuk siapa diri kita. Dari bilik darjah, kita melangkah ke medan waja untuk menemui ketahanan yang sebenar. Dalam tempoh 45 hari latihan, setiap cabaran bukan sekadar rutin tetapi ujian ketabahan diri. Di sini, disiplin menjadi perisai dan setiap titis peluh membuktikan kemampuan kita untuk bangkit lebih kuat, tangkas dan berani. Walaupun datang daripada latar belakang dan budaya yang berbeza, perbezaan itulah yang menyatukan kita. Cinta kepada negara bukan hanya terucap di bibir, tetapi hidup melalui semangat kesukarelawan, kesediaan berbakti dan rela berkorban demi tanah air. Inilah jiwa patriotik belia negara. Bangkit, Bersatu, Berbakti. Inilah Wira Muda PLKN.