𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐔𝐋𝐈𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐁𝟒𝟎 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐂𝐇𝐎𝐊

Tahniah diucapkan kepada 11 orang pelajar di atas pentauliahan pembelajaran Microsoft Tips & Tricks: AI Apps, Canva dan Microsoft Office yang bermula sejak 28 September hingga 1 November 2025 di NADI Kampung Wakaf Aik yang dikendalikan oleh Puan Nurul Afida binti Said dan Encik Amin Muiz bin Husain.

Hasil kerjasama erat Ketua Komuniti MADANI Beris Kubur Besar, Encik Mohd Zain bin Mamat dan AJK bersama Pengerusi JPKKP Pantai Senok, Encik Muhammad Nazri bin Ismail telah melahirkan pelajar yang celik digital.

Majlis pentauliahan telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Randas Amran bin Mustapha yang mewakili YBhg. Dato' Yusri bin Che Noh,Pengerusi Panel Penasihat Giat MARA selaku penyumbang utama program pentauliahan ini.

Program turut dimeriahkan dengan sumbangan Nik Soh Fried Chicken oleh YBrs. Encik Ahmad Nazri bin Mohd Zain, Pengerusi Persatuan Peduli Kelantan dan Komuniti MADANI Alor Ganu.

Turut hadir Pengerusi JPKKP Beris Kubur Besar, Pengerusi JPKKP Kemayang, Pengerusi JPKKP Pengkalan Baru dan jurucakap Komuniti MADANI Beris Kubur Besar.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua di atas kerjasama yang diberikan kepada Pejabat Penerangan Daerah Bachok dan Jabatan Penerangan Negeri Kelantan.

#jabatanpenerangan
#kmdaerahbachok
#nadidaerahbachok