Assalamualaikum wbt. dan Salam NADI X KidVenture,
NADI X KIDVENTURE :
PENYERTAAN DIBUKA BAGI PROGRAM PENCARIAN IKON USAHAWAN CILIK NADI 2025 ( COHORT 7 )
Sukacita dimaklumkan, pihak NADI x Keusahawanan telah pun membuka penyertaan Program Pencarian IKON USAHAWAN CILIK NADI 2025 bagi pengambilan COHORT 7.
Kami telah menerima sambutan yang amat menggalakkan setakat ini. Sehubungan itu, kami ingin mengalu-alukan penyertaan daripada setiap NADI agar peluang berharga ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Program ini bertujuan untuk memupuk pengetahuan dan semangat membudayakan keusahawanan di kalangan kanak-kanak dan remaja (7-17 tahun). Peserta akan mempelajari modul latihan berkaitan Perancangan Perniagaan, Pengoperasian Syarikat, Perancangan Kewangan Perniagaan dan Pemasaran. Mereka juga akan didedahkan dengan asas dan aplikasi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence).
Syarat-syarat Penyertaan :
1. Warganegara Malaysia
2. Berusia 7 – 17 tahun
3. Kanak-kanak Lelaki & Perempuan
4. Berdaftar sebagai Ahli NADI
5. Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan
6. Mendapat kebenaran Ibu bapa / Penjaga
Pautan kumpulan WhatsApp rasmi KidVenture Cohort 7 : 👉 https://chat.whatsapp.com/J0W0EXpEtavLeGtIN6gqaR
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN COHORT 7 : JUMAAT, 31 OKTOBER 2025
Segala kerjasama dan komitmen yang diberikan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
SSO NADI KidVenture