Sumber: Facebook NADI MALAYSIA
Kuala Krai, Kelantan | 13 September 2025 - NADI turut serta dalam Program Kembara Ilmu Ini Warisan Kita, Sentuhan Komuniti Bestari @ Dabong anjuran Perpustakaan Negara Malaysia dengan menampilkan reruai bertemakan Kecerdasan Buatan (AI).
Reruai NADI mendapat sambutan meriah daripada pelajar sekolah, agensi dan komuniti setempat yang hadir sepanjang program. Antara pengisian utama ialah pendaftaran ahli NADI, pemeriksaan kesihatan asas serta pameran perkhidmatan pintar.
Majlis turut dimeriahkan dengan lawatan YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara ke reruai NADI.
Penyertaan NADI dalam program ini membuka ruang untuk memperkenalkan fungsi serta perkhidmatan pintar yang ditawarkan kepada komuniti.
#nadimcmc #perkhidmatanpintarnadi


+6



