Nama Program/Aktiviti : NADI-Care : Saya Sihat, Tapi Positif? Mitos & Fakta Tentang HIV & STD | W080

Tarikh/Masa : Selasa | 9 September 2025 | 10.30am
Lokasi/Medium : NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh
Kategori Peserta : Terbuka Kepada Semua Peringkat Umur.

Keterangan :
Studio Sihat telah menganjurkan sebuah webinar bertajuk “Saya Sihat, Tapi Positif? Mitos & Fakta Tentang HIV & STD”. Program ini bertujuan memberi pendedahan yang tepat kepada masyarakat mengenai penyakit HIV dan jangkitan kelamin (STD). Ramai yang masih keliru dengan mitos, stigma, serta cara sebenar penyakit ini merebak.

Melalui perkongsian pakar kesihatan, peserta webinar diberi penerangan tentang gejala, kaedah pencegahan, serta kepentingan saringan awal. Webinar ini juga menekankan bahawa penghidap HIV boleh hidup sihat dan produktif dengan rawatan yang betul. Usaha seperti ini penting bagi meningkatkan kesedaran, menghapuskan salah faham, dan membina masyarakat yang lebih prihatin serta bebas stigma.

#malaysiamadani
#madanibekerja
#afiintra
#nadibandarsatelitpasirtumboh
#pusatsebaranmaklumatnational
#studiosihat

imageimage