Nama Program/Aktiviti : Kempen Internet Selamat (KIS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa.
Tarikh/Masa : Selasa | 9 September 2025 | 11.00am - 1.30pm
Lokasi/Medium : SMK Pengkalan Chepa, Kota Bharu.
Penyertaan : 75 orang murid Tingkatan 1.
Keterangan :
NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh bersama NADI Kampung Pantai Sabak telah melaksanakan Kempen Internet Selamat (KIS) di SMK Pengkalan Chepa.
Peserta :
75 orang murid Tingkatan 1.
Modul yang Digunakan :
Modul Ringkas Remaja (13-17 Tahun)
Objektif Program :
Program ini dirangka untuk membina asas kefahaman dalam kalangan murid Tingkatan 1 tentang penggunaan Internet yang selamat dan bertanggungjawab tanpa memperkenalkan media sosial secara langsung. Objektif program ini ialah mendidik dan memperkasakan pelajar supaya menggunakan internet secara selamat, bertanggungjawab, dan beretika. Pelajar juga diberikan langkah-langkah yang patut diterapkan semasa melayari sosial media bagi mengelakkan dengan perkara-perkara yang berunsurkan negatif.
2 orang fasilitator ditugaskan untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti modul ini.
Ikon K-DAT Sekolah :
- Ikon K-DAT (Guru).
- Nadia Binti Ruslan
- Ikon K-DAT (pelajar)
- Fariha Raisha Binti Fauzi
Aktiviti :
Modul ini dilaksanakan dengan taklimat penerangan Modul Ringkas Pelajar Sekolah Menengah 13-17 Tahun dan murid-murid diterangkan mengikut susunan modul seperti berikut :
- Pengenalan NADI : Perkhidmatan, Kemudahan, Inisiatif Kerajaan dan lain-lain
- Taklimat cara penggunaan Internet Selamat
- Pelajaran 1 : Fakta atau Auta
- Pelajaran 2 : Detektif Jejak Digital
- Pelajaran 3 : Red Flag
Hasil Program :
Program ini berjaya mencapai objektifnya apabila pelajar dapat membezakan maklumat sahih dan palsu di internet, menilai risiko mendedahkan maklumat peribadi secara terbuka, memahami konsep jejak digital serta implikasinya, di samping mengenal pasti tanda awal pengantunan siber dan mengambil langkah melindungi diri.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#afiintra
#nadibandarsatelitpasirtumboh
#pusatsebaranmaklumatnational
#kempeninternetselamat
#mcmc
#nadikelantan
#smkpengkalanchepa
